Friday, April 3, 2009

Karnival Pembestarian Sekolah

Salam sejahtera ,
Esok 4 April 2009, jam 8.30am akan berlangsung Pesta ICT di sekolah saya . Persiapan untuk program ini telah di atur oleh Guru GPM saya EN Jeganathan. Semua guru-guru sekolah ini telah bekerja sama dengan beliau untuk menjayakan program ini. Sebagai Guru Besar saya telah memberi cadangan dan sokongan kepada para guru. Semua guru telah menunjukkan komitmen yang yang tinggi dalam menjayakan program ini.

Sehingga pada pukul 2.00ptg sebanyak 9 buah sekolah tamil PPDJJ telah bersetuju untuk menyertai dalam program ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sekolah yang bersetuju untuk menyertai program ini.

Perasmian Penutupan Program ini akan di sempurnakan oleh En. M SANDRAN Penyelia Sekolah Tamil PPDJJ.

Saturday, March 28, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG

Pada 26 Mac Mesyaurat PIBG sekolah telah berlangsung dengan jayanya. Penyelia Sekolah Tamil N Sembilan EN Matavan telah merasmikan pembukaan Mesyuarat Agong PIBG kali ke 34.
Para jemputan khas dan ibubapa telah menghadiri mesyuarat ini. Dalam ucapan PST En Matavan telah memuji kehadiran ibubapa ke sekolah dan meminta pihak sekolah menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah di rancang.Antara acara yang berlangsung dalam mesyuarat ini adalah sumbangan dari En Sailes Kumar Patel berupa barang-barang keperluan sekolah murid, cabutan hadiah bertuah dan penyerahan basikal kepada pelajar terbaik tahun 2008.






Thursday, March 26, 2009

Lawatan Pensyarah UKM


Pada 23 Mac Dr Radzani talipon saya untuk melawat sekolah saya. Beliau sampai di Pekan Bahau lebih kurang 12.00th dan saya terpaksa keluar dari sekolah untuk menjemput beliau. Selepas minum di kedai mamak saya bawa masuk Dr dengan kereta saya ke dalam ladang sg sebaling.
Pada 12.45 th kami sampai di sekolah.Dr telah meninjau persekitaran sekolah dan berbincang tentang pengurusan sekolah.

Pada pukul 2. 45th Dr menamatkan lawatan dan saya membawa keluar dari sekolah untuk makan tengahhari.Nasib Dr tidak begitu baik kerana dua restoran yang saya bercadang untuk pergi tidak buka hari itu. Maka kami terpaksa makan di warung di pekan bahau.
Dr berjanji akan datang pada minggu hadapan .

Sunday, March 1, 2009

GPK 1 LOGESWARAN

Untuk perhatian tuan

Di minta tuan menyenaraikan kursus-kursus yang telah atau yang akan di ikuti oleh guru-guru kita di blog ini untuk perhatian saya . Tuliskan tarikh, tempat ,tajuk kursus/mesyuarat nama guru.

Saya juga minta tuan emailkan kepada saya melalui alamat kannaan64@yahoo.com perkara-perkara berikut sebelum rabu ini.

1 Takwin Sekolah
2 Takwim Kurikulum
3 Takwim Hem
4 Takwim Kokurikulum

sekian , terima kasih

VANAKKAM SG SEBALING

Selamat sejahtera kepada semua warga sekolah sjkt sg sebaling.
Untuk perhatian tuan-tuan & puan-puan saya sekarang mengikuti kursus dalam latihan PKPGB di UKM. Untuk penggal inin kursus ini telah bermula pada 2 Feb dan akan tamat pada 5 Mac.

Di ikuti dengan itu saya terpaksa berada di IAB dari tarikh 9 Mac hingga 13 untuk kursus Pengurusan projek. Dalam pada itu saya akan hadir pada 6 Mac ke sekolah untuk berjumpa tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Sekolah kita juga akan di lawati oleh pensyarah dari UKM Dr Radzani untuk melihat pengurusan dan program-program sekolah dari 13 Mac hingga 7 April.

Saya telah cadangkan kepada Dr beberapa program di sekolah kita. Antara yang kemungkinan akan di pantau oleh beliau adalah program ICT , mesyuarat agong PIBG , mesyuarat panitia dan juga lawatan kerja.

Saya di sini memohon GPK HEM EN JEGA hantarkan kertas kerja program ICT melalui alamat e-mail saya kannaan64@yahoo.com.